NILAI DUIT DAHULUNYA MENGIKUT NILAI SIMPANAN EMAS

Assalamualaikum,

Pernah terfikir, kenapa duit $100 lagi basar nilainya dari $50, $10 atau $5. Is it pasal warnanya atau material kertasnya inda sama? Atau kitani sendiri pun inda pasti?

Kalau tani buka buku sejarah, sebenarnya duit kertas dan emas nada lagi hubungkait sejak tahun 1971. Masa atu Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixson decide untuk memutuskan ikatan US Dollar dengan ‘Gold Reserve’ Negara bisdurang.

“Apa maksudnya?“

Maksudnya bisdurang boleh print duit suka hati durang saja without merujuk kepada simpanan emas Negara bisdurang. Since then, once ada ‘Gold Standard’, duit jadi ‘Wang Fiat’.

“Apa tu ‘Wang Fiat’?”

Wang Fiat merujuk kepada apabila duit atu inda lagi bersandarkan simpanan emas, perak atau benda berharga kepada individu, organisasi atau Negara tersebut.

“Is it penting untuk tahu pasal ani?”

Anitah puncanya kenapa nilai duit dari tahun ke tahun makin susut kuasa belinya. And nilai emas makin mahal dari tahun ke tahun. Satu ke sana (atas), satu lagi ke sini (bawah).

Bak kata Kenneth J. Gerbino,

“If you don’t trust gold, do you trust the logic of taking a pine tree, worth $4,000-$5,000, cutting it up, turning it into pulp, putting some ink on it and then calling it one billion dollars?”

Antara tips kewangan dan emas yang dipetik dari Mahaguru HH

Boleh follow my Telegram channel untuk GOLD knowledge sharing; klik arah page header under tabs #startMenabung

HARGA EMAS MENINGKAT DALAM JANGKA MASA PANJANG

Menyimpan emas menguntungkan didalam jangka masa panjang. Untuk pengetahuan anda trend peningkatan harga emas bermula sejak tahun 2000.

Bagaimanakah melihat rekod harga emas dunia?

Untuk memantau sejarah dan harga semasa emas, boleh melihat dari salah satu daripada 3 laman web dibawah ini:

  1. http://www.goldprice.org
  2. http://www.ilbma.org.uk
  3. http://www.kitco.com

EMAS IALAH KEKAYAAN MANUSIA YANG SEBENARNYA

Sejak manusia mengenali EMAS ia telah menjadi simbol kekayaan, kekuasaan, kejayaan dan kecantikan.

Emas mendapat tempat di hati manusia kerana kecantikan dan kesukaran mendapatkannya.

Emas bernilai tinggi kerana:

  1. Rupanya yang cantik.
  2. Ia tidak boleh di Imas akan.
  3. Boleh dipotong kepada unit kecil tanpa menjejaskan nilainya.
  4. Ia sukar diperolehi.

Sejarah manusia dan emas

Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat sejak 6000 tahun yang lalu.

Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun Menes sebagai medium pertukaran.

6000 tahun yang lalu, sesiapa yang memiliki banyak emas maka dia dianggap kaya dan berkuasa. Jika seseorang manusia memiliki banyak emas sekarang, maka dia juga dianggap kaya.

Sifat istimewa EMAS

Emas tidak boleh dibinasakan. Ia tidak boleh terbakar, tidak reput, tidak busuk, tidak berkarat dan sentiasa bersinar cantik. Ini membolehkan emas menjadi penyimpan nilai yang sebenar.

Sesuatu objek yang menjadi harta mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan.

Sebab itulah makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

Emas pula bernilai dalam apa jua bentuk. Di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap ada harga. Sebab itulah emas merupakan kekayaan yang sebenarnya.

Kenapa manusia sukakan emas?

Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran Ayat 14

Dihiaskan (dan dijadikan inda) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pihak; harta benda yang banyak bertimbun-Timbuktu’s, dari emas dan perak; Muda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)

7 SEBAB KENAPA PERLU SIMPAN EMAS

  1. EMAS ialah kekayaan manusia yang sebenarnya.
  2. Harga EMAS meningkat dalam jangka masa panjang.
  3. EMAS mengekalkan kuasa belinya di dalam jangka masa panjang.
  4. Nilai wang kertas semakin menurun di dalam jangka masa panjang.
  5. EMAS adalah aset yang sangat cair.
  6. EMAS tidak boleh dimanipulasikan oleh sesiapa pun.
  7. EMAS adalah magnet kekayaan.

KELEBIHAN EMAS BERBANDING HARTANAH

Disediakan oleh Hj Rozaimienizam Bin Hj Jainal PG00223364 +673 835 3247

“Pembeli EMAS yang memilih untuk menyimpan EMAS fizikal akan merasai aura EMAS yang sangat menakjubkan kerana ia adalah satu perasaan yang tidak tergambarkan oleh kata-kata.” – Ustaz Khairul Anuar Basri Al-Hafiz

Tidak dapat dinafikan bahawa hartanah adalah suatu bentuk pleasurably dan juga simpanan yang baik secara jangka masa panjang. Jika Kenya dengan lokasi dan permintaan, harga boleh melambung berlipat kali ganda.

Ini adalah salah satu cara tradisional orang-orang berduit untuk menyelamatkan duit habis di samping meningkatkan pemilikan aset iaitu dengan cara membeli sebanyak mungkin rumah atau tanah. Kadang-kadang hartanah ini diusahakan agar dapat menjana pendapatan sampingan yang tidak kurang lumayan.

Kita juga tahu bahawa EMAS boleh juga bertindak menjadi aset. Sebab itu ia boleh menjadi satu alternatif yang baik kepada simpanan tunai.

Design a site like this with WordPress.com
Get started